SEKAPUR SIRIH TUAN GURU BESAR
ENCIK ZAHURI BIN JAMALUDIN
Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan segala rahmat dan nikmat yang dikurniakan serta dengan izin-Nya, kita dapat lagi meneruskan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita sebagai pendidik di SK LKTP Jengka 21.
Kita sudah berada di akhir Gelombang 1 PPPM dan memasuki Gelombang 2 (2016 - 2020). Semakan KSSR dan UPSR telah mempertingkatkan pengetahuan kemahiran dan nilai individu untuk maju sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia sekarang. Penambahbaikan kurikulum peringkat rendah akan membawa angin perubahan kepada semua guru untuk lebih mempertingkatkan standard kandungan dan pembelajaran setanding dengan standard antarabangsa. Sewajarnyalah warga pendidik yang menjadi pelaksana dapat merealisasikan amanah ini ke arah kejayaan transformasi pendidikan negara.
Guru,
Jawatan sebagai guru adalah tugas yang mulia dan mempunyai unsur penanggungjawaban yang besar dan berat, justru itu sedarlah kita :
- Tanggungjawab terhadap kerjaya seseorang guru yang diamanahkan, yang diberi oleh Allah swt terus dilaksana secara inovatif dan kreatif
- Memahami potensi anak didik dalam pembelajaran abad 21
- Memahami SKPM sebagai garis panduan dan bekerjalah ke arah peningkatan sekolah dan anak bangsa
Harapan saya,
Sedarlah tanggungjawab seorang guru amat besar dan mencabar. Perubahan demi perubahan dalam pendidikan membuatkan kita sebagai pelaksana sentiasa akur, "kalau bukan kita siapa lagi".
"Kalau mahu mengenali sesuatu bangsa lihatlah pasarnya, kalau mahu mengenali sesuatu organisasi lihatlah majlisnya, kalau mahu mengenali keluarganya lihatlah tandasnya dan kalau mahu mengenali individu lihatlah kasutnya". Falsafah Jepun
Yakinlah tanpa kecemerlangan guru, kita tidak mampu berdiri teguh. Walaupun saya masih baru dan masih belum mengenali seluruh warga SK LKTP Jengka 21, tetapi saya amat yakin, guru-guru dan kakitangan di sekolah ini berupaya untuk merealisasikan harapan KPM dan sekolah, bekerjalah dengan seikhlas hati tanpa mengharapkan apa-apa balasan kerana segala keikhlasan dan pengorbanan kita dinilai oleh-Nya.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment