Hal Ehwal Murid sekolah ini mempunyai tekad dan komitmen terhadap prestasi murid khususnya dari aspek akhlak dan sahsiah serta ketrampilan mereka. Atas dasar inilah, matlamat dan objektif pengurusan HEM bertunjangkan kepada kebajikan, keselamatan dan akhlak serta disiplin murid sentiasa pada tahap yang paling memuaskan sehingga mampu memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.
Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagainmana sekolah mampu menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah, dan komitmen murid-muridnya. Maka, SK LKTP Jengka 21 telah merancang dan melaksanakan pelbagai program yang dianjurkan oleh Bahagian HEM untuk memastikan matlamat sekolah tercapai. Kerjasama yang erat antara semua guru dan murid mampu merealisasikan wawasan sekolah ini
MATLAMAT
Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksimum dan menyuburkan potensi kepimpinan.
OJEKTIF
- Memahami konsep dan peranan serta bidang tugas Pengurusan Hal Ehwal Murid
- Menghasilkan satu program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu kecemerlangan di peringkat sekolah
- Menyediakan dan memupuk murid yang bersahsiah dan berktrampilan
No comments:
Post a Comment