PERNYATAAN MISI SEKOLAH
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarikh dengan pelbagai kaedah/pendekatan untuk kecemerlangan 3M
Melaksanankan aktiviti kemanusiaan dan sahsiah bagi menyemai nilai-nilai murni untuk digunakan dalam kehidupan seharian.
Melaksanakan aktiviti kokurikulum serta mengambil bahagian dengan penuh semangat kesukanan
OBJEKTIF SEKOLAH
Murid-murid mendapat pengetahuan dan pendidikan yang sempurna selama 6 tahun di sekolah rendah
Melahirkan murid-murid yang berdisiplin serta mematuhi peraturan yang ditetapkan sepanjang hidup
Murid-murid mendapat pengalaman bekerjasama antara satu sama lain dalam situasi tertentu ke arah perpaduan
Menyemai sikap bertoleransi di kalangan murid-murid dalam menyelesaikan masalah/isu
Semua murid diberi peluang yang sama rata dalam semua bidang tanpa mengira latar belakang kaum dan keluarga
Memupuk dan mengembangkan potensi murid ke arah kecemerlangan
PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH
Pihak sekolah komiter dan berjanji kepada pelanggan serta 'stakeholder' beberapa perkara yang mampu dilaksanakan sepanjang tempoh murid-murid berada di bangku sekolah dan dipamerkan untuk pengetahuan mereka. Ini akan menjadi asas tuntutan pelanggan dan 'stakerholder' terhadap pengurusan sekolah. Perkongsian pintar yang diwujudkan di sini akan memantapkan lagi institusi sekolah dalam menjayakan Transformasi Negara dan NKRA
Kami staf di sekolah ini berjanji akan :
Mengutamakan tugas kami sebagai pendidik
Memberi komitmen yang tinggi bagi meningkatkan kecemerlangan pendidikan
Menanam/menyemai nilai-nilai murni di kalangan murid-murid serta guru-guru
Melahirkan warga negara yang kompetan
Mewujudkan perpaduan di kalangan komuniti sekolah
Menepati masa
FALSAFAH PENDIDIKAN SK LKTP JENGKA 21
Pendidikan di sekolah adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang mendapat pendidikan dan pengetahuan yang sempurna dalam konteks Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek, mempunyai Jati Diri dalam mengahadapi alaf baru, meminati bidang sains dan teknologi, menghormati orang dewasa, mencintai kedua Ibu Bapa serta berusaha mencapai Wawasan Negara.
No comments:
Post a Comment