Wednesday, 9 March 2016

9 MAC 2016 : GERHANA MATAHARI SEPARA

Pada hari ini, 9 Mac 2016, Fenomena Gerhana Matahari Separa dapat dilihat di negara kita. Murid-murid SK LKTP Jengka 21 tidak melepaskan peluang mengikuti fenomena ini. Beberapa orang Guru Dunia Sains dan Teknologi telah mengambil kesempatan ini mengumpulkan murid-murid memahami fasa-fasa gerhana dan memahami fenomena ini secara langsung dengan berbantu peralatan yang sesuai untuk melihat fenomena gerhana tersebut.





Adalah difahamkan bahawa di Malaysia, kita tidak akan dapat melihat fasa gerhana penuh. Disebabkan garisan laluan gerhana ini hanya akan merentasi Indonesia, kita di Semenanjung, Sabah dan Sarawak hanya akan dapat lihat gerhana matahari separa.

Ini bermaksud, bulan hanya akan menutup sebahagian sahaja daripada matahari (tidak semua). Inilah yang menyebabkan perubahan dari segi kecerahan langit amat sedikit. Matahari kelihatan bersinar terang di langit, seolah-olah fenomen gerhana tidak berlaku.

Walau apapun, peluang yang ada perlu direbut kerana fenomena ini jarang berlaku. Murid-murid perlu memahami fenomena ini sebagai tanda kekuasaan Allah.

Dalam pada itu, Ustaz Haji Ghazali turut menjemput guru yang berkelapangan untuk sama-sama menunaikan solat sunat gerhana secara berjamaah.

Sila klik GALERI untuk koleksi foto penuh aktiviti ini.

No comments:

Post a Comment