Friday, 1 April 2016

MESYUARAT AGUNG PIBG

1 APRIL 2016, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), SK LKTP Jengka 21 telah menjayakan Program Mesyuarat Agung PIBG sekolah ini bagi kali ke-33.

Majlis yang menjadi acara tahunan ini, telah bermula sekitar jam 3.00 petang dengan ketibaan YB Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said Ahli Parlimen Kuala Krau selaku tokoh perasmi. Beliau telah diiringi dengan paluan kompang dan majlis diteruskan dengan aluan Pengerusi Majlis, Bacaan Doa, Ucapan YDP PIBG, Ucapan Puan Noorhayati binti Rasul Guru Besar SK LKTP Jengka 21 dan seterusnya ucapan perasmian YB Dato' Ismail.

YB Dato' telah meluluskan beberapa permohonan termasuk permohonan untuk memiliki kerusi meja yang baru bagi kegunaan dewan peperiksaan semasa calon UPSR menduduki peperiksaan tersebut kelak menggantikan kerusi meja yang telah uzur. Terima kasih daripada kami, warga SK LKTP Jengka 21.

Mesyuarat PIBG SK LKTP Jengka 21 ini telah berjalan lancar



Sila klik GALERI untuk ikuti aktiviti ini.

2 comments:

  1. Terimakasih cgu zahid. Bulat air dek pembetung, bulat manusia dek muafakat.

    ReplyDelete
  2. Terimakasih cgu zahid. Bulat air dek pembetung, bulat manusia dek muafakat.

    ReplyDelete